Saturday 27 April 2013

"La TaHZaN...."


Jangan bersedih wahai hati..
Sungguh Allah itu amat dekat
Dia yg Maha Mendengar doa hambaNya
Dia Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Jangan bersedih wahai insan..
Setiap ujian itu sesuai dgn hambaNya
Dugaan itu halwa kehidupan
Tanpa diuji, hidup ini tiada harganya
Bersabarlah dan berdoa...

Jangan bersedih..
Kesedihan itu tiada penghujungnya
Sedih itu amat memenatkan
Tukarlah kesedihan itu menjadi sebuah kesyukuran
Hitunglah setiap detik dan nikmat yg diberikan..

Jangan bersedih...
Sesungguhnya ada yg lebih derita dari kita..
Simpanlah kesedihan itu disebalik senyuman..
Tingkatkan amal ibadah, tingkatkn iman
Ingatlah hanya dgn megingati Allah, hati akan menjadi tenang..

Jangan bersedih...
Senyum dan bersyukurlah..
Anak kecil ini sudah pasti destinasinya..
Menuju syurga Allah yg indah abadi..
Berusahalah..
Moga kita juga akan bertemu dengannya di SANA..

Ya Allah..
Kau yang memiliki hati ini..
Hapuskanlah kesedihan yang ditanggung..
Lapangkanlah dada ini
Permudahkan urusan kami dunia & akhirat..
Sembuhkanlah anak ku dgn sebenar2 kesembuhan yg tiada lagi kesakitan selepas itu..
Amiin.. Ya Rabbal 'Alamiin

-Nukilan hati Ummi Mardhiah-



No comments:

Post a Comment