Wednesday 16 October 2013

Cord Blood Stem Cells : A Bio-insurance

Salaam & Good day everyone..
 
Beberapa hari ni ijah asyik terfikir pasal perkara ni. Ia adalah perkara yg bagus jadi ijah ingin nak kongsikan dengan org lain yg mungkin belum tau pasal Cord blood Stem cells

Pernah dengar tak mengenai cord blood stem cells (sel stem darah tali pusat) ?
Ini merupakan penemuan bio-teknologi yg boleh dikatakan baru di Malaysia yang memberi banyak manfaat kepada manusia.


Ia juga dikatakan sebagai bio-insuran kerana ianya penting dari segi menjaga dan melindungi keturunan kita dari segi masalah kesihatan yg mungkin akn dihadapi pd masa depan.


Apa itu stem cells/sel stem?


Ia adalah “master” sel yang berpotensi menghasilkan tisu2 dan organ2 dalam badan kita. Sel stem ini boleh di dapati di cord blood(darah tali pusat), peripheral blood dan juga bone marrow.


Cord blood adalah darah yg didapati pd tali pusat bayi yg baru dilahirkan selepas tali pusat ini di potong. Ia mmg kaya dgn sel stem yg bagus. Cord blood stem cell ini selamat kerana masih belum terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit.


Ramai yg semakin menyedari kepentingan utk menyimpan cord blood stem cell ini tapi masih ramai juga yg keliru. Ijah sendiri sudah mengetahui teknologi ini bbrp tahun yg lepas tapi belum pernah melaksanakannya ke atas anak2 Ijah. Sebenarnya bila difikirkan kembali, ada juga rasa kecewa kerana tidak mengambil keputusan utk menyimpan stem cells ni especially bila mendapat berita yg anak sulung Ijah menghidap cancer. 


Maka, mengikut pembacaan sy, di sini Ijah share beberapa kepentingan menyimpan cord blood stem cells ni :

   
   1. Peluang menggunakannya di masa akn datang jika ditakdirkan mana2 ahli keluarga menghidap penyakit atau cancer


   2. boleh juga didermakan sebagai salah satu sumbangan kepada masyarakat

   3. Ia tidak menyakitkan/tidak invasive seperti pengambilan sumsum tulang  


   4. Penggunaannya dlm transplant ternyata kurang risiko dari segi penolakan/rejection

   5. Selamat dilakukan dimana procedur nya hanya mengambil masa 5 minit


Bagi kita org Islam pasti tertanya2 adakah perkara ini dibolehkan?


Sebenarnya sudah ada fatwa yg dikeluarkan yg menyatakan bahawa proses ini dibolehkan/harus dgn syarat mendapat keizinan dari ibubapa dan prosedurnya tidak memudharatkan. Ia juga tidak boleh digunakan utk perkara yg dilarang oleh Islam.


Antara penyakit2 yg berpotensi diubati menggunakan stem cells ini adalah :

1.     Haematologic malignancies :

-         Leukemia

-         Burkitt’s lymphoma

-         Lymphoma

-         Multiple myeloma



2.     Bone marrow failures :

-         Fanconi Anaemia

-         Myelodysplasia

-         Myelofibrosis

-         Severe aplastic anaemia



3.     Red blood cell diseases :

-         Sickle cell disease

-         Thalassemia



4.     Metabolic diseases



5.     Solid tumour :

-         - Neuroblastoma
          - retinoblastoma


Mm.. banyak kegunaannya bukan?

Ijah berharap utk next pregnancy nnt ade rezeki utk simpan cord blood baby.. insyaAllah.. kena bersedia utk sebarang kemungkinan di masa hadapan.. Anda pula bagaimana? Kalau anda sedang mengandung atau merancang utk mendapatkn zuriat tidak lama lagi, ijah nasihatkan berbincang lah dengan suami dan buatlah keputusan yg tepat yg mungkin menyelamatkan nyawa orang yg anda sayang.. Kita hanya berusaha, hasilnya ALLAH yg menentukan..


So, di sini beberapa options cord blood bank yang available di Malaysia :

1. Cellsafe (KL)
2. Cryocord (Cyberjaya)
3. Stemlife (KL)
4. Stemtech (PJ)

Ijah masih dalam proses mengumpul maklumat. Jika anda juga ada maklumat mengenai company mane yg lebih baik dan info2 yg lain juga silalah share ye. Cara terbaik adalah hubungi setiap syarikat ni dan buat temujanji utk bertemu dgn wakil syarikat utk mendengar presentation mereka.. 

Okie, semoga berjaya semua!.. Mari usahakn yg terbaik utk anak2 dan keluarga kita.. 

Wassalam..

Sunday 13 October 2013

ALLAH is there by our side


Salaam & Good day..

Alhamdulillah, hari ni masih sihat dan dapat hidup di bumi yg indah ni.. 

Syukur pada yg dapat berpuasa pd hari ini 9 Zulhijjah, iaitu hari Arafah.. mg kita dpt banyakkan doa dan ibadah dan kurangkan melakukan perkara yg sia-sia..
Sentiasa mohon keampunan pd Nya atas segala dosa yg kita lakukan.. samada sedar ataupun tidak. 

Sebagai muslim, kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap perkara yg berlaku itu adalah ketentuan Allah. Setiap manusia itu tidak dpt lari dari ujian dan dugaan hidup.. dugaan datang dlm pelbagai rupa.. biasanya kita cuma sedar bahawa diri diuji bila mana ujian itu berkaitan dgn kesusahan, kemiskinan, kelaparan, kesakitan dan perkara2 negatif yg lain..

Tapi, adakah kita sedar sebenarnya ujian yg lagi sukar adalah yg sebaliknya? bukankah kesenangan, kekayaan, kesihatan, dan perkara2 yg kita suka atau yg nafsu kita suka tu adalah ujian yg lebih berat..?

Kenapa berat & sukar? kerana kita sering kalah bila diuji dgn perkara2 yg kita suka ni.. sejujurnya, manusia secara amnya akn lebih mengingati Allah bila ujian kesusahan yg dtg menimpa.. dan sukar pula utk bersyukur dan bersujud pdNya bilamana kita berada dlm kesenangan.. 

Maka, cubalah didik diri kita semua agar sentiasa berada dlm mode : "SYUKUR" agar kita sentiasa ingat pdNya.. insyaAllah kita akn bertambah tenang..

Setiap apa yg kita hadapi, jawapannya ada pada buku panduan hidup kita iaitu : AL-QURAN..
Jadi setiap kali ujian bertandang, lihatlah jawapan padanya.. pasti kita tak kecewa..


1-KENAPA AKU DIUJI? 

Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiark an (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami   telah   menguji   orang-orang   sebelum   mereka,   maka   sesungguhnya   Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”


2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
 
Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah  mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
 
Surah Al-Baqarah ayat 286“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”


4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
 
Surah Al-Imran ayat 139“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”


5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
 
Surah Yusuf ayat 87“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."


6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
 
Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kejayaan.”


7-APA JAWAPANNYA?
 
Surah Al-Baqarah ayat 45-46”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat  kecuali  bagi orang-orang  yang khusyuk,  (yaitu)  mereka  yang  yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”


8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?
 
Surah Ali-Imran: 173“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”


9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
 
Surah At-Taubah ayat 129: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

ALLAH itu sgt dekat dgn hambaNya.. maka mohonlah padaNya..

If Allah is all you have, then you have all you need..


Pada kawan2 semua esp warga Peads Onco 4D, anak2 kita mmg istimewa.. maka, bertahanlah dan tabahkan hati mengharungi dugaan kesakitan ini bersama2 mereka..
InsyaAllah pasti ada pelangi bahagia di hujungnya nnt.. 

Pada hari Arafah ni, mari kita sama2 berdoa..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim,.. 
Ya Ghafur, ampunkanlah dosa2 kami, kedua ibu bapa kami, dan keluarga kami..
Ya Aziim, selamatkanlah anak2 kami dan ahli keluarga kami..
Ya Lathif, ringankanlah bebanan kesakitan yg ditanggung oleh anak2 ini..
Ya Aziiz, kuatkanlah hati2 kami dalam menghadapi dugaan ini..
Ya Khaliq, Engkau yg menjadikan penyakit2 ini ada, maka Kau hapuskanlah penyakit ini dari tubuh anak2 kami..
As-sobur, berikanlah kami kesabaran dalam menjaga anak2 ini.. juga kesabaran bg petugas2 dalam merawat anak2 kami..
Ash-Syakur, jadikan kami hamba2Mu yg sentiasa bersyukur...
Al-Muhaimin, peliharalah anak2 kami dari sebarang musibah..
Ar-Razzaq, kurniakanlah kami rezeki yg halal dan cukup bagi menjaga,memelihara & merawat mereka..
Al-Mujib, kabulkanlah doa2 kami ini Ya Allah..

Amiin... ya Rabbal 'Alamiin..

Salaam AidulAdha buat semua muslimin & muslimat.
Wassalam..

Thursday 10 October 2013

TIMEWISE MIRACLE SET


Salaam & Good day...

Hari ni ijah nak share satu set skin care yg ijah sukaaaa sgt! Dulu tak pernah jumpa skincare regime yg sesuai ngn kulit, tp sejak tahun 2011 ijah dah mula berkenalan dgn Miracle set ni & alhamdulillah sesuai sgt dgn kulit yg bermasalah...

So, let me introduce you this premium set of antiaging properties..

TIMEWISE MIRACLE SET by Mary Kay.
 This set comes with 11 age defying benefits that are important for women with early to moderate signs of aging.
The benefits are :
1. Cleanse
2. Exfoliate
3. Freshen
4. Energize
5. Hydrate
6. Smooth
7. Firm
8. Soften
9. Protect
10. Rebuild
11. Reduce fine lines & wrinkles

This complete anti aging regime consists of :

1. TW Age Fighting Cleanser (127g)

  •  Gentle cleansing beads in TW cleanser remove dead skin cells through exfoliation
  • A patented complex in TW cleanser reduces fine lines & wrinkle by accelerating skin's natural renewal process

2. TW Age Fighting Moisturiser (88ml)

  • A dream humectant blend in TW moituriser keep skin moist. 
 
3. TW Day Solution Sunscreen broad spectrum SPF 35 (29ml)

  •  Nourishing botanical in this day solution help energize skin cells, while UVA + UVB help protect skin from sun damage.

 4. TW Night Solution (29ml)

  • An anti aging peptide in night solution stimulates collagen production.

This set available for normal/dry skin or combination/oily skin.

It is also available in a convenient one-month supply Trial Miracle Set.

Tested by dermatologist in a 12-week clinical study shows that : 
  • 83% had reduction in fine lines & wrinkles
  • up to 25% improvement in skin elasticity
  • 100% had softer more supple skin
  • 46% improvement in more even skin tone 

Wow... banyak btol kelebihan Miracle set ni.. Sesiapa yang masih blom jumpe skincare regime yg sesuai dgn kulit, Timewise Miracle set adalah produk yg terbaik utk anda cuba.. Cuba sendiri dan anda akn rasai perubahannya. 
Satu set ni secara average penggunaan boleh selama 3 bulan.. tp ijah guna amount yg sikit je stp kali jadi boleh tahan sampai 4 bulan hehee.. :)
So, contact ijah ye utk dapatkn sample set ni.. kalau nk terus beli Trial set pun boleh.. tp contact ijah dulu sbb kena tanye beberapa soalan utk pastikn apa masalah sebenar kulit anda :)
Jom dpt kn kulit lebih sihat.. 
 Contact me :
FAIZAH KHAIRUDIN
+6017 9362689
Facebook : faizah khairudin