Wednesday 16 October 2013

Cord Blood Stem Cells : A Bio-insurance

Salaam & Good day everyone..
 
Beberapa hari ni ijah asyik terfikir pasal perkara ni. Ia adalah perkara yg bagus jadi ijah ingin nak kongsikan dengan org lain yg mungkin belum tau pasal Cord blood Stem cells

Pernah dengar tak mengenai cord blood stem cells (sel stem darah tali pusat) ?
Ini merupakan penemuan bio-teknologi yg boleh dikatakan baru di Malaysia yang memberi banyak manfaat kepada manusia.


Ia juga dikatakan sebagai bio-insuran kerana ianya penting dari segi menjaga dan melindungi keturunan kita dari segi masalah kesihatan yg mungkin akn dihadapi pd masa depan.


Apa itu stem cells/sel stem?


Ia adalah “master” sel yang berpotensi menghasilkan tisu2 dan organ2 dalam badan kita. Sel stem ini boleh di dapati di cord blood(darah tali pusat), peripheral blood dan juga bone marrow.


Cord blood adalah darah yg didapati pd tali pusat bayi yg baru dilahirkan selepas tali pusat ini di potong. Ia mmg kaya dgn sel stem yg bagus. Cord blood stem cell ini selamat kerana masih belum terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit.


Ramai yg semakin menyedari kepentingan utk menyimpan cord blood stem cell ini tapi masih ramai juga yg keliru. Ijah sendiri sudah mengetahui teknologi ini bbrp tahun yg lepas tapi belum pernah melaksanakannya ke atas anak2 Ijah. Sebenarnya bila difikirkan kembali, ada juga rasa kecewa kerana tidak mengambil keputusan utk menyimpan stem cells ni especially bila mendapat berita yg anak sulung Ijah menghidap cancer. 


Maka, mengikut pembacaan sy, di sini Ijah share beberapa kepentingan menyimpan cord blood stem cells ni :

   
   1. Peluang menggunakannya di masa akn datang jika ditakdirkan mana2 ahli keluarga menghidap penyakit atau cancer


   2. boleh juga didermakan sebagai salah satu sumbangan kepada masyarakat

   3. Ia tidak menyakitkan/tidak invasive seperti pengambilan sumsum tulang  


   4. Penggunaannya dlm transplant ternyata kurang risiko dari segi penolakan/rejection

   5. Selamat dilakukan dimana procedur nya hanya mengambil masa 5 minit


Bagi kita org Islam pasti tertanya2 adakah perkara ini dibolehkan?


Sebenarnya sudah ada fatwa yg dikeluarkan yg menyatakan bahawa proses ini dibolehkan/harus dgn syarat mendapat keizinan dari ibubapa dan prosedurnya tidak memudharatkan. Ia juga tidak boleh digunakan utk perkara yg dilarang oleh Islam.


Antara penyakit2 yg berpotensi diubati menggunakan stem cells ini adalah :

1.     Haematologic malignancies :

-         Leukemia

-         Burkitt’s lymphoma

-         Lymphoma

-         Multiple myeloma



2.     Bone marrow failures :

-         Fanconi Anaemia

-         Myelodysplasia

-         Myelofibrosis

-         Severe aplastic anaemia



3.     Red blood cell diseases :

-         Sickle cell disease

-         Thalassemia



4.     Metabolic diseases



5.     Solid tumour :

-         - Neuroblastoma
          - retinoblastoma


Mm.. banyak kegunaannya bukan?

Ijah berharap utk next pregnancy nnt ade rezeki utk simpan cord blood baby.. insyaAllah.. kena bersedia utk sebarang kemungkinan di masa hadapan.. Anda pula bagaimana? Kalau anda sedang mengandung atau merancang utk mendapatkn zuriat tidak lama lagi, ijah nasihatkan berbincang lah dengan suami dan buatlah keputusan yg tepat yg mungkin menyelamatkan nyawa orang yg anda sayang.. Kita hanya berusaha, hasilnya ALLAH yg menentukan..


So, di sini beberapa options cord blood bank yang available di Malaysia :

1. Cellsafe (KL)
2. Cryocord (Cyberjaya)
3. Stemlife (KL)
4. Stemtech (PJ)

Ijah masih dalam proses mengumpul maklumat. Jika anda juga ada maklumat mengenai company mane yg lebih baik dan info2 yg lain juga silalah share ye. Cara terbaik adalah hubungi setiap syarikat ni dan buat temujanji utk bertemu dgn wakil syarikat utk mendengar presentation mereka.. 

Okie, semoga berjaya semua!.. Mari usahakn yg terbaik utk anak2 dan keluarga kita.. 

Wassalam..

1 comment: