Saturday 16 March 2013

Mencari Hikmah Disebalik Musibah


Farhanah Mardhiah (FM); my 1st daughter. Dilahirkn di HRPZII pada 21 Oct 2008. Syukur sgt Allah berikn nikmat mengandung dan melahirkan pada insan yg bernama wanita kan. Bertambah syukur bila saat2 tu dikongsi bersama suami tercinta. Alhamdulillah En.Husband, Mustaza Jamaluddin ada bersama2 semasa sy melahirkn..
Hidup Farhanah sbg kanak2 cukup normal. Badannya montel, comel sungguh! hehe.. nnt sy upload gambar anak2 jantung hati sy ni di galeri ye!
FM aktif dan sentiasa buat kami happy. Pulang ke rumah selepas penat bekerja hati jd tenang dan hilang sgl penat serta stress bila lihat si comel yg petah mengomel ;)

Namun, tak siapa sangka anak yg selama ni dillihat sihat & aktif rupa2nya menghidap cancer.. Hanya Allah yg tahu perasaan kami waktu tu. Terasa diri spt di awangan saat menerima berita dari doctor. 
Ya Allah, besar sungguh dugaan Mu buat si kecil ini..
Sungguh kasih & sayang Mu pd FM mengatasi kasih & sayang kami padanya.
Allah Maha kuasa atas makhluknya yg selama ini dipinjamkan kpd kami sbg amanah yg besar di dunia.

Allah berkuasa menjadikan apa yg tiada kpd ada dlm sekelip mata. 
"Kun fayakuun.." maka jadilah ia. Kami redha dgn ketentuanMu.
Maka Ya Allah, Kau lapangkanlah dada kami dan berikanlah kesabaran serta ketabahan buat kami sekeluarga utk menghadapi ujian ini.

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan anak yg hebat utk kami. FM anak yg terpilih.. terpilih utk jadi ahli syurga.. InsyaAllah.. Moga kakak akan bawa ummi & abi ke sana juga ye sayang...
Ummi, abi dan adik2 semua sayangkn kakak sampai bila2..
 

No comments:

Post a Comment