DALIL-DALIL DAN KAJIAN PEMAKANAN SUNNAH PENYEMBUH PENYAKIT ZAHIR DAN BATIN
(*Artikel dari blog aura-hikmah.blogspot.com)
KURMA + MADU + KISMIS + HABBATUS SAUDA'.
FAKTA & KHASIAT KURMA
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik
sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir
dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma
yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi saw bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan
menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi saw bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum
dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".
1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan,
Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM)
menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh
mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti
jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti
potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".
B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan
merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan
wanita bersalin dan memberi tenaga.
C. Membunuh Kuman Dalam Badan.
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar
setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
2. KECERDASAN DAN KECERGASAN
A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih
banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran,
sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu
akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta
minumlah dan bersenang hatilah kamu".
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang
memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam
memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan
Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya".
4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda
menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan
buah kurma".
B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan".
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi "Pengambilan buah
kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika
seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan
amalan harian".
FAKTA & KHASIAT MADU
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat
menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu
memperoleh dua Ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Rasul saw bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat
melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77
penyakit".
Rasul saw bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat
hendaklah dia meminum madu".
Rasul saw bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat
mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala
pen! yakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan
membersihkan hati".
Rasul saw bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan
menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70
Nabi".
Maksud Surah An-Nahl: Ayat 68-69:
Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam
badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai
penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan
kemurahan Allah s.w.t.) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
FAKTA & KHASIAT KISMIS
Nabi saw bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji
setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit
kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka
dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan
penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
Nabi saw bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat
menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, mengua! tkan saraf dan menghilangkan
letih".
Diriwayatkan di dalam Kitab "At-Tib An-Nabawi" (Perubatan Nabi) dalam hadis yang bermaksud;
"Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan
keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna
kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"
FAKTA & KHASIAT HABBATUS SAUDA'
Di dalam kitab sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati".
KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN,
MINYAK ZAITUN, ZA'FARAN, HABBATUS SAUDA'.
sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua.
Sehingga kini terbukti menyembuh penyak-penyakit seperti asma, batuk
yang berlarutan, tonsil, kencing manis, darah tinggi, insomnia,
keletihan, anak2 yang degil dan sebagainya.
KISMIS
Kismis adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis
buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak
mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia
membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting
seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan
B6.
Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksijen
ke otak ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang
kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan). Kismis mengandungi 70%
fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan
dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi
mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan
pelajar
KURMA/ RUTOB
Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan,
Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM)
menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh
mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti
jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti
potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah".
(Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).
Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan
merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan
wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
Saidina Ali a.s. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar
setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi
khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda
kanak-kanak yang sihat.
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah
pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan
buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang
hatilah kamu.“
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang
memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan
buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa
a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana
kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) merumuskan
kajiannya mengenai kurma seperti yang tersiar dalam majalah Mingguan
Wanita bahawa sekiranya isteri-isteri yang hamil memakan buah kurma,
nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak
sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu
dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang
sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu
membentuk insan yang berperibadi luhur.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku
membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama
Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA’)
Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana
kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu
Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.
Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda')
telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan
manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa
(habbatussauda') ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan
diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi,
Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki
dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.
KAJIAN BERDASARKAN HADIS SAHIH
Minat kami terhadap pokok buah bunga nagealla sativa (habbatussauda’)
diperkenalkan melalui sabda junjungan Nabi Muhammad SAW “ Dalam habbatus
sauda’ (nagella sativa) terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali
maut “ Riwayat AlBukhari.
Lanjutan daripada hadis ini dalam kitab bertajuk “Medicine of The
Prophet” Ibnu Qayyim al-jawziyyah (691H-751H) terdapat 50 kelebihan dan
kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya terutama
berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, pembiakan, penghadaman dan
organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah
tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki
tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari
keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan,
mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu
mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan,
meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung
perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan
buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita
selepas bersalin dan banyak lagi.
( Habbatus-sauda ) ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi
minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang
tidak bermaya.
BAYI DAN KANAK-KANAK
Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa
(habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan
bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, buah bunga nigella sativa
(habbatussauda') memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan
bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.
Penggunaan kerap buah bunga nigella sativa (habbatussauda') yang
meningkatkan keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan
rasa sakit yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih
mudah dijangkiti selsema.
ORANG TUA
Dengan sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan
dengan cirri-ciri menguatkan lagi system imun, buah bunga nigella sativa
(habbatussaubda') merupakan pelengkap kesihatan yang ideal bagi orang
tua.
Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda')kaya dalam nilai pemakanan :
Monosaccharides ( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose dan arabinose ditemui dalam jintan hitam.
Buah bunga Nigella Sativa (habbatussaubda') mengandungi komponen
polysaccharide tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak
yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu
kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.
Lima belas asid amino melengkapkan kandungan protein dalam buah bunga
nigella sativa (habbatussaubda') , termasuk lapan belas daripada
sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita
dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada
pemakanan kita.
Buah bunga Nagella Sativa ((habbatussaubda')) mengandungi Arginine, yang penting bagi pertumbuhan bayi.
Analisis kimia mendedahkan bahawa buah bunga nagella sativa
((habbatussaubda')) mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh
hati menjadi vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti
kanser.
Buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') juga merupakan sumber
kalsium, besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah
yang kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak
sebagai konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim.
KAJIAN BERDASARKAN PERUBATAN AYURVEDA
Dalam amalan kesihatan kecantikan Ayurveda, Siddha dan Unani yang
bermaksud sains Kehidupan dalam buku Desheeya tradisional Ayurveda 5000
tahun dulu, hampir kesemua penyediaan iaitu kaluduru (Habbatussauda)
Juga akan kehilangan keupayaannya untuk melawan toksin, sekaligus menambahkan peluang untuk dijangkiti penyakit.
UJIAN SAINTIFIK
Menurut keputusan ujijn ke atas 9 lelaki dan wanita mengenai serum
kolestrol, pemberian pati buah bunga nagella sativa untuk tempoh 4
minggu telah mengurangkan dengan ketaranya jumlah paras kolestrol dalam
darah dan pecahan LDL, HDL dalam hypercholestroleamic pesakit.
Tiada perubahan signifikan kepada triglycerides. Mengurangkan jumlah
kolestrol LDL bermakna mengurangkan risiko penyakit jantung.
MENGGALAKKAN ENZIM
Satu kajian oleh Agarwhal (1979) menunjukkan bahawa minyak buah bunga
nagella sativa (habbatussaubda') meningkatkan pengaliran susu bagi
ibu-ibu yang menyusui anak dengan susu badan. Satu penyelidikan oleh
Universiti of Colombo (1989), termasuk Sari Biologikal mendedahkan
bahawa keupayaan buah bunga nagella sativa untuk meningkatkan pengaliran
susu ibu boleh dikaitkan dengan kombinasi bahagian lipid dan struktur
hormon yang didapati dalam buah bunga nagella sativa (habbatussaubda')
Ibnu Sina ( 980-1037) dalam menggambarkan habbatussauda’ sebagai “
meransang tenaga tubuh dan membantu memulihkan keletihan, masih tepat
kepada pengamal kesihatan Tibb hari ini. Nilai –nilai pemakanan yang
kaya yang terkandung di dalam habbatussauda’ seperti yang digariskan
oleh analisis saintifik mengenai habbatussauda’menggambarkannya sebagai
sumber tenaga yang sungguh baik.
Dari perspektif kesihatan Tibb habbatussauda’ mempunyai keupayaan untuk
mengekal dan memulihkan panas badan. Diet orang barat, kebanyakannya
diperbuat daripada makanan sejuk, ais dlm makanan kita, yugurt, pizza,
keju dan kesemuanyanya mengurangkan haba semulajadi dalam badan kita
yang diperlukan untuk fungsi optimum.
Tibb berpendapat bahawa punca kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh
pengurangan kadar metabolisma (haba semulajadi). Badan manusia lemah
apabila hilang tenaga
NILAI KUALITI PEMAKANAN
Indek nilai kualiti pemakanan habbatussauda’ menunjukkan bahawa bagi setiap 100mg bahan mentah mengandungi :
* Tenaga 1%
* Protein 1.4%
* Thiamin mg 4.3%
* Riboflavin mg 0.3%
* Pyridoxine mg 1.1%
* Niacin mg 1.2%
* Calcium mg 0.8%
* Iron mg 2.5%
* Kuprum mg 3.9%
* Zinc mg 1.7%
* Phos. Mg 23.%
* Folacin mf 0.7%
BUAH TIIN
Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana
Allah SWT telah menggunakan Buah Tiion ketika bersumpah dan menamakan
satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya
terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.
Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi debgan serat.
Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai
nilai ubatan dengan Sabda Nabi "Makanlah kamu semua dan makanlah darinya
(buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya
buah yang turun daru syurga maka aku kata "inilah buahnya" kerana buah
syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit
buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."
Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar
memberi kesan dan pemawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada
badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang
berpanjangan.
Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin
ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati,
mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah
pinggang, sendi2 dan juga buasir.
>> Alhamdulillah.. mg artikel ni dpt memberi sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca. Sama2 lah kita mengamalkan makanan pilihan atau makanan sunnah ini. Wallahua'lam.. <<