Beberapa
hari ni ijah asyik terfikir pasal perkara ni. Ia adalah perkara yg bagus jadi
ijah ingin nak kongsikan dengan org lain yg mungkin belum tau pasal Cord blood
Stem cells.
Pernah dengar tak mengenai cord blood stem cells (sel stem darah
tali pusat) ?
Ini
merupakan penemuan bio-teknologi yg boleh dikatakan baru di Malaysia yang
memberi banyak manfaat kepada manusia.
Ia juga
dikatakan sebagai bio-insuran kerana ianya penting dari segi menjaga dan
melindungi keturunan kita dari segi masalah kesihatan yg mungkin akn dihadapi
pd masa depan.
Apa itu stem
cells/sel stem?
Ia adalah
“master” sel yang berpotensi menghasilkan tisu2 dan organ2 dalam badan kita.
Sel stem ini boleh di dapati di cord blood(darah tali pusat), peripheral blood
dan juga bone marrow.
Cord blood
adalah darah yg didapati pd tali pusat bayi yg baru dilahirkan selepas tali
pusat ini di potong. Ia mmg kaya dgn sel stem yg bagus. Cord blood stem cell
ini selamat kerana masih belum terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit.
Ramai yg
semakin menyedari kepentingan utk menyimpan cord blood stem cell ini tapi masih
ramai juga yg keliru. Ijah sendiri sudah mengetahui teknologi ini bbrp tahun yg
lepas tapi belum pernah melaksanakannya ke atas anak2 Ijah. Sebenarnya bila
difikirkan kembali, ada juga rasa kecewa kerana tidak mengambil keputusan utk
menyimpan stem cells ni especially bila mendapat berita yg anak sulung Ijah menghidap cancer.
Maka,
mengikut pembacaan sy, di sini Ijah share beberapa kepentingan menyimpan cord
blood stem cells ni :
1. Peluang menggunakannya di masa akn
datang jika ditakdirkan mana2 ahli keluarga menghidap penyakit atau cancer
2. boleh juga didermakan sebagai salah
satu sumbangan kepada masyarakat
3. Ia tidak menyakitkan/tidak invasive
seperti pengambilan sumsum tulang
4. Penggunaannya dlm transplant ternyata
kurang risiko dari segi penolakan/rejection
5. Selamat dilakukan dimana procedur nya
hanya mengambil masa 5 minit
Bagi kita
org Islam pasti tertanya2 adakah perkara ini dibolehkan?
Sebenarnya
sudah ada fatwa yg dikeluarkan yg menyatakan bahawa proses ini dibolehkan/harus
dgn syarat mendapat keizinan dari ibubapa dan prosedurnya tidak memudharatkan. Ia
juga tidak boleh digunakan utk perkara yg dilarang oleh Islam.
Antara
penyakit2 yg berpotensi diubati menggunakan stem cells ini adalah :
1. Haematologic malignancies :
-
Leukemia
-
Burkitt’s
lymphoma
-
Lymphoma
-
Multiple
myeloma
2. Bone marrow failures :
-
Fanconi
Anaemia
-
Myelodysplasia
-
Myelofibrosis
-
Severe
aplastic anaemia
3. Red blood cell diseases :
-
Sickle
cell disease
-
Thalassemia
4. Metabolic diseases
5. Solid tumour :
-
- Neuroblastoma
- retinoblastoma
Mm.. banyak kegunaannya bukan?
Ijah berharap utk next pregnancy nnt ade rezeki utk simpan
cord blood baby.. insyaAllah.. kena bersedia utk sebarang kemungkinan di masa
hadapan.. Anda pula bagaimana? Kalau anda sedang mengandung atau merancang utk
mendapatkn zuriat tidak lama lagi, ijah nasihatkan berbincang lah dengan suami
dan buatlah keputusan yg tepat yg mungkin menyelamatkan nyawa orang yg anda
sayang.. Kita hanya berusaha, hasilnya ALLAH yg menentukan..
So, di sini beberapa options cord blood bank yang available di Malaysia :
1. Cellsafe (KL)
2. Cryocord (Cyberjaya)
3. Stemlife (KL)
4. Stemtech (PJ)
Ijah masih dalam proses mengumpul maklumat. Jika anda juga ada maklumat mengenai company mane yg lebih baik dan info2 yg lain juga silalah share ye. Cara terbaik adalah hubungi setiap syarikat ni dan buat temujanji utk bertemu dgn wakil syarikat utk mendengar presentation mereka..
Okie, semoga berjaya semua!.. Mari usahakn yg terbaik utk anak2 dan keluarga kita..
Wassalam..